Assalamualaikum.....
Apa khabar semua? Harap semuanya berada dalam keadaan sihat sejahtera hendaknya..... serta dirahmati Allah SWT sentiasa.
Dalam entri kali ini, ingin dikongsi bersama ceramah agama yang diberikan oleh Yg. Bhg. Dr. Asri. Ceramah beliau kali ini mengupas bagaimana dalam kehidupan kita sebagai manusia di muka bumi ini, kita tidak dapat lari daripada menghadapi pelbagai ujian serta keadaan yang mencabar. Ini semua kerana Allah ingin membuatkan hambaNYA senantiasa ingat akan pada diriNYA serta merasai nikmat dengan adanya perhubungan yang rapat denganNYA..... Juga merasa nikmat menangis juga berserah diri padaNYA.
Adakalanya, apa yang kita rasakan terbaik buat kita, tidak semestinya itu yang terbaik buat kita. Namun disebalik itu Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita sehingga adakalanya kita dikurniakan olehNYA dengan sesuatu yang bagi kita, kita rasakan tidak sesuai bagi kita..... Namun, setiap apa yang Allah perkenankan terjadi dalam hidup kita ini pasti mempunyai banyak hikmah yang tersembunyi. Hanya kita manusia yang kerdil ini adakalanya tidak mengerti apa yang sebenarnya allah cuba tunjukkan pada kita.
Dengan itu, apabila memerlukan petunjuk daripada Allah SWT hendaklah kita sentiasa beristikharah ke hadratNYA dan tidak berputus-asa dengan terus memohon. Hendaklah kita memohon daripadaNYA agar memberi kita petunjuk dalam membuat pilihan sesuatu perkara dengan ilmuNYA. Sesungguhnya hanya Allah Yang Maha Berkuasa Menentukan sesuatu yang terbaik buat kita.....
Di sini juga, Yg. Bhg. Dr. Asri ada memberi doa untuk melakukan Istikharah. Semoga ceramah ini sama-sama dapat menjadi panduan kepada kita untuk menjalani kehidupan seharian.

No comments:
Post a Comment