Al-’Asr 103: (1-3)

1. By Al-'Asr (the time).

2. Verily! Man is in loss,

3. Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma'ruf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's Cause during preaching His religion of Islamic Monotheism or Jihad, etc.).

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

My Note

Assalamualaikum and hi everyone..

I build this blog to actually collect all the beneficial information I manage to find from the internet, the books and articles I read, as reminders and references to me. I also hope that this blog would be beneficial to others too in seeking answers to varieties of questions they have about life in Islamic Perspective. I have both English and Malay Languages entries here to share with everyone. May Allah bless us all. Amiinn...

MILWAUKEE PRAYER TIME

PRAYER TIME SEARCH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Wednesday, November 12, 2014

AMALAN HARIAN YANG MEMBAWA KEAJAIBAN, IN SHAA ALLAH.

Assalamualaikum para pembaca semua......

Setelah sekian lama tidak menulis di ruangan ini, hari ini saya ingin berkongsi beberapa amalan yang saya sendiri cuba amalkan sebanyak mungkin dan ia memberi kesan yang mendalam buat diri ini serta membawa pelbagai keajaiban dalam hidup ini. Segala-galanya atas ketentuan Allah Yang Maha Esa. 

Amalan yang sering saya lakukan dan In Shaa Allah membawa kepada keajaiban serta pertolongan Allah SWT adalah: 

1. cuba usahakan untuk lakukan solat sunat taubat paling kurang sekali sehari. 

2. melakukan solat sunat Istikharah paling kurang sekali sehari dengan memohon pertolongan Allah agar memberi petunjuk dalam kita membuat keputusan sehari-hari 

3. solat sunat syukur dilakukan paling kurang sekali seminggu bagi menyampaikan rasa syukur pada Allah di atas segala kurniaannya 

4. solat sunat dhuha setiap pagi

5. solat sunat rawatib (solat sunat sebelum dan sesudah solat fardhu) cuba diamalkan secara istiqamah 

6. Istighfar ketika perjalanan pergi balik kerja '

7. Zikir Ya Latif 41,000x boleh diselesaikan secara istiqamah dalam beberapa hari. 

8. Belanja ibubapa / suami / isteri / anak-anak / adik-beradik / mertua / ipar-duai dengan niat Lillahi Taa'la (hanya kerana Allah SWT). 

9. Jadikan amalan membaca Surah Al Waqiah, Al Mulk, Al Fatah dan Ar Rahman sekali setiap hari atau diselang-seli bacaannya.

10. Jika ada masa amalkan membaca Al Mathurat paling kurang sekali seminggu

11. Membaca surah Al Kahf setiap hari Jumaat

12. Jika ada sebarang hajat, lakukan solat sunat hajat sebanyak 40 kali (terus melakukannya tidak kira berapa hari sekali pun sehingga cukup 40 kali).

13. Cuba istiqamah untuk melakukan wirid setiap kali selepas solat fardhu.

14. Ketika mengerjakan solat fardhu juga solat sunat, berdoalah dalam hati di setiap sujud serta selepas tahiyat akhir sebelum memberi salam, 

Ini adalah antara amalan yang saya cuba lakukan sebanyak mungkin. Alhamdulillah...... banyak kali juga keajaiban berlaku terutama sekali apabila tiada siapa untuk mengadu atau meminta pertolongan di kala susah serta senang. Hanya Allah SWT sahaja tempat kita semua bergantung. Apa juga usaha kita, niatkan kerana Allah Taa'la, bersangka baik padaNYA serta yakin bahawa usaha kita itu dilihat serta dinilai Allah SWT yang bakal membawa hikmah, nikmat juga kabaikan buat kita.

Diharap amalan-amalan ini dapat membantu kita semua mendekatkan diri pada Allah SWT serta dipermudahkan segala urusan sehari-hari.



LISTEN TO AL QURAN ONLINE WITH TRANSLATIONS OF VARIOUS LANGUAGES

Listen to Quran