Al-’Asr 103: (1-3)

1. By Al-'Asr (the time).

2. Verily! Man is in loss,

3. Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma'ruf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's Cause during preaching His religion of Islamic Monotheism or Jihad, etc.).

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

My Note

Assalamualaikum and hi everyone..

I build this blog to actually collect all the beneficial information I manage to find from the internet, the books and articles I read, as reminders and references to me. I also hope that this blog would be beneficial to others too in seeking answers to varieties of questions they have about life in Islamic Perspective. I have both English and Malay Languages entries here to share with everyone. May Allah bless us all. Amiinn...

MILWAUKEE PRAYER TIME

PRAYER TIME SEARCH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Friday, March 4, 2011

sami yusuf - Muhammad

Tasbih Dzikir Pagi - Hijjaz

Assalamualaikum semua....

Tasbih Zikir Pagi, amat indah sekali zikir ini. Jika ada masa, dengarlah zikir ini berkali-kali agar ia dapat kita hafal. Apbila sudah hafal boleh kita berzikir dengan zikir ini di mana sahaja kita berada, tak kira dalam apa keadaan sekali pun.

Semoga Allah Yang Maha Kaya akan melimpahkan nikmat kasih sayangNYA pada kita semua.
Insya Allah....

Selamat Beramal!


Zikir Ya Latiff

Assalamualaikum.....

Di sini ada sebuah zikir yang amat indah sekali bagi kita perdengari atau jadikan amalan harian. Adalah tidak rugi sebagai hamba kepada Yang Maha Agung kita senantiasa membasahkan lidah kita dengan puji-pujian buatNYA.

Semoga hidup kita dilimpahi keberkatan serta kasih sayang Maha Suci Allah.


BISMIKALLAH (ZIKIR)

Assalamualaikum....

Semoga zikir ini akan dapat menjadi amalan harian kita agar hidup bertambah dilimpahi rahmat Allah. Insya Allah.



Thursday, March 3, 2011

Dr Asri - POLIGAMI

Assalamualaikum.....

Tajuk kali ini adalah POLIGAMI. Tajuk ini dianggap sensitif bagi sesetengah wanita namun ia adalah sebuah topik yang menarik pula bagi kebanyakan kaum Adam. Poligami adalah salah satu hukum agama yang banyak pihak tidak kira lelaki mahupun wanita telah tersalah anggap mengenai konsep, teori, praktikal serta syarat-syaratnya.

Diharapkan dengan adanya penerangan-penerangan serta soal jawab yang dilakukan oleh Yg. Bhg. Ustaz Dr. Asri ini akan sedikit sebanyak memberi pemahaman kepada semua tentang POLIGAMI. Apa yang penting bagi setiap pihak agar mendalami ilmu pengetahuan serta pemahaman yang betul tentang POLIGAMi ini dahulu sebelum membuat keputusan untuk mengamalkannya atau sebelum menolak terus hukum POLIGAMI ini.

Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui akan apa yang mampu seseorang hambaNYA tanggung serta lalui dalam hidup. Wallahu Alam....










Maksud Adil Kepada Isteri




Dr Asri - Hukum Berkahwin Anak Tiri & Sebaliknya

Assalamualaikum.....

Para sahabat sekalian, di sini Yg. Bhg. Dr. Asri menjelaskan kepada kita tentang persoalan berkenaan hukum sama ada seorang lelaki boleh atau tidak mengahwini anak tirinya. Sama-samalah kita ikuti ceramah ini dan semoga ia akan memberi pemahaman yang lebih mendalam tentang hukum perhubungan anatara seorang anak tiri dengan bapa tiri.



Dr Asri - Aurat muslimah didalam & diluar rumah?

Assalamualaikum para sahabat sekalian....

Di sini dikepilkan ceramah Yg. Bhg. Dr. Asri berkenaan aurat muslimah di dalam dan di luar rumah. Semoga ceramah ini akan dapat memberi kita panduan di dalam menjalani kehidupan seharian.


Sybil ~ The true & extraordinary story of a young woman(Part 1 of 2)

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,

Anak adalah anugerah Allah kepada kita yang amat bernilai sekali. Anak selain menjadi penyambung keturunan kita di muka bumi ini serta pengikat kasih sayang di dalam rumahtangga, ia juga adalah harta yang kita ada bagi di dunia dan di akhirat. Tanggungjawab kita di dalam membesarkan serta membentuk seorang anak untuk menjadi seorang manusia yang berguna di muka bumi Allah SWT ini bukanlah perkara yang enteng. Ia harus dipikul dengan penuh dedikasi, kesabaran serta banyak pengorbanan yang harus juga kita lakukan.

Di sini ingin dikongsi bersama sebuah kisah benar yang telah terjadi kepada seorang wanita bernama Sybil. Beliau merupakan seorang wanita yang cantik serta berbakat. Namun, oleh kerana beliau telah mengharungi kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja yang penuh dengan penderaan oleh ibunya sendiri, beliau mengalami tekanan mental serta tekanan perasaan. Akibatnya beliau telah melalui satu fasa kehidupan di mana beliau mempunyai pelbagai personaliti dalam tubuh beliau. Menurut laporan doktor yang mengubatinya, Sybil mempunyai 16 personaliti yang berbeza dalam badannya. Masya Allah..... Nauzubillahiminzaalik.....

Semoga kisah Sybil ini akan memberi iktibar pada kita serta pedoman terutama sekali di dalam menjalankan tugas sebagai ibubapa yang bertanggungjawab serta sebagai ahli masyarakat yang prihatin.







Hati Yang Rapuh - Rahimah Rahim

Assalamualaikum....

Rakan-rakan sekalian,

Dalam hidup ini kita sebagai manusia tidak pernah sunyi daripada melalui pelbagai ujian serta halangan hidup. Namun begitu, percayalah, setiap dugaan itu ada sejuta hikmah yang tersirat. Adakalanya memang pahit untuk dilalui, namun setelah segalanya diharungi, Insya Allah sinaran harapan baru yang tidak terduga nikmatnya akan menyinari hidup kita.

Hayati senikata lagu ini yang memberikan kata-kata semangat bagi sesiapa di luar sana yang sedang menghadapi dugaan, rintangan atau asam garam kehidupan ketika ini. Semoga anda tabah melaluinya dan sentiasa ingat bahawa akan ada cahaya terang-benderang sedang menanti anda di hujung terowong gelap yang sedang anda lalui itu.



20 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum....

Rakan-rakan sekalian, diharapkan video klip ini akan dapat memberi kita sedikit sebanyak maklumat tentang bagaimana hendak mendapatkan rezeki yang dilimpahi oleh Allah SWT. Semoga dengan mengamalkan nasihat-nasihat ini kita akan dimurahkan rezeki senantiasa.


LISTEN TO AL QURAN ONLINE WITH TRANSLATIONS OF VARIOUS LANGUAGES

Listen to Quran