Al-’Asr 103: (1-3)

1. By Al-'Asr (the time).

2. Verily! Man is in loss,

3. Except those who believe (in Islamic Monotheism) and do righteous good deeds, and recommend one another to the truth (i.e. order one another to perform all kinds of good deeds (Al-Ma'ruf)which Allah has ordained, and abstain from all kinds of sins and evil deeds (Al-Munkar)which Allah has forbidden), and recommend one another to patience (for the sufferings, harms, and injuries which one may encounter in Allah's Cause during preaching His religion of Islamic Monotheism or Jihad, etc.).

Demi Masa!

Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian –

Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar.

My Note

Assalamualaikum and hi everyone..

I build this blog to actually collect all the beneficial information I manage to find from the internet, the books and articles I read, as reminders and references to me. I also hope that this blog would be beneficial to others too in seeking answers to varieties of questions they have about life in Islamic Perspective. I have both English and Malay Languages entries here to share with everyone. May Allah bless us all. Amiinn...

MILWAUKEE PRAYER TIME

PRAYER TIME SEARCH

Prayer Times For 6 Million Cities Worldwide
Country:

Thursday, March 3, 2011

Sybil ~ The true & extraordinary story of a young woman(Part 1 of 2)

Assalamualaikum rakan-rakan sekalian,

Anak adalah anugerah Allah kepada kita yang amat bernilai sekali. Anak selain menjadi penyambung keturunan kita di muka bumi ini serta pengikat kasih sayang di dalam rumahtangga, ia juga adalah harta yang kita ada bagi di dunia dan di akhirat. Tanggungjawab kita di dalam membesarkan serta membentuk seorang anak untuk menjadi seorang manusia yang berguna di muka bumi Allah SWT ini bukanlah perkara yang enteng. Ia harus dipikul dengan penuh dedikasi, kesabaran serta banyak pengorbanan yang harus juga kita lakukan.

Di sini ingin dikongsi bersama sebuah kisah benar yang telah terjadi kepada seorang wanita bernama Sybil. Beliau merupakan seorang wanita yang cantik serta berbakat. Namun, oleh kerana beliau telah mengharungi kehidupan zaman kanak-kanak dan remaja yang penuh dengan penderaan oleh ibunya sendiri, beliau mengalami tekanan mental serta tekanan perasaan. Akibatnya beliau telah melalui satu fasa kehidupan di mana beliau mempunyai pelbagai personaliti dalam tubuh beliau. Menurut laporan doktor yang mengubatinya, Sybil mempunyai 16 personaliti yang berbeza dalam badannya. Masya Allah..... Nauzubillahiminzaalik.....

Semoga kisah Sybil ini akan memberi iktibar pada kita serta pedoman terutama sekali di dalam menjalankan tugas sebagai ibubapa yang bertanggungjawab serta sebagai ahli masyarakat yang prihatin.







Hati Yang Rapuh - Rahimah Rahim

Assalamualaikum....

Rakan-rakan sekalian,

Dalam hidup ini kita sebagai manusia tidak pernah sunyi daripada melalui pelbagai ujian serta halangan hidup. Namun begitu, percayalah, setiap dugaan itu ada sejuta hikmah yang tersirat. Adakalanya memang pahit untuk dilalui, namun setelah segalanya diharungi, Insya Allah sinaran harapan baru yang tidak terduga nikmatnya akan menyinari hidup kita.

Hayati senikata lagu ini yang memberikan kata-kata semangat bagi sesiapa di luar sana yang sedang menghadapi dugaan, rintangan atau asam garam kehidupan ketika ini. Semoga anda tabah melaluinya dan sentiasa ingat bahawa akan ada cahaya terang-benderang sedang menanti anda di hujung terowong gelap yang sedang anda lalui itu.



20 Amalan Murah Rezeki

Assalamualaikum....

Rakan-rakan sekalian, diharapkan video klip ini akan dapat memberi kita sedikit sebanyak maklumat tentang bagaimana hendak mendapatkan rezeki yang dilimpahi oleh Allah SWT. Semoga dengan mengamalkan nasihat-nasihat ini kita akan dimurahkan rezeki senantiasa.


LISTEN TO AL QURAN ONLINE WITH TRANSLATIONS OF VARIOUS LANGUAGES

Listen to Quran